Kursus Pendek Rantaian Bekalan: Hak Asasi Manusia – Gambaran Keseluruhan
Isu hak asasi manusia tidak akan hilang, dan kami terus melihat dan mendengar tentang kejadian isu tersebut di seluruh dunia. Jenis penderaan ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Kursus ini menyerlahkan bentuk penganiayaan hak asasi manusia yang paling biasa dan kesan penganiayaan tersebut terhadap rantaian bekalan global.
Kursus ini telah dibangunkan dengan sokongan bahan pelajaran yang disediakan oleh DLA Piper (UK) LLP London. Walau bagaimanapun, sila beri perhatian bahawa bahan dan kandungan kursus ini bertujuan untuk memberikan maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat undang-undang dan mungkin atau mungkin tidak mencerminkan perkembangan undang-undang yang terkini. Tiada satu pun daripada perkara yang dinyatakan di sini, atau dalam bahan kursus, boleh ditafsirkan sebagai nasihat profesional apa-apa situasi tertentu atau membentuk pendapat undang-undang berkaitan pematuhan kepada statut undang-undang atau instrumen berkanun. DLA Piper (UK) LLP London tidak bertanggungjawab ke atas kandungannya dan pergantungan pada kandungan adalah dilarang dan atas risiko' pengguna. Penghantaran maklumat bukan bertujuan untuk mewujudkan, dan penerimaan tidak merangkumi, perhubungan peguam-klien. Pembaca tidak boleh bertindak atas maklumat ini tanpa mendapatkan nasihat undang-undang bebas.
Kursus Pendek Rantaian Bekalan: Hak Asasi Manusia – Gambaran Keseluruhan
lc_lchr01_e23_msmy